Sunday, August 30, 2009

Menyambut Puasa

Adui...x pasal2 bos aku telefon kul 1.00 pagi suruh masuk keje...dah lah hari pertama menyambut ramadhan....aku dengan berat hati terpaksalah mengikut arahan yang diberi.....

Maklumlah waktu bos aku telefon tu...my assistant x tido lagi...jadi aku terpaksalah membawa dia sekali... bukan main suka lagi aku punya assistant...maklumlah dapat makan free katakan.....


Sambil-sambil duduk dalam office ....aku mengintai bos aku tengah rajin kerja...ikut cctv...tah apa angin dia malam tu......
 
  
Rajin kan bos aku...sedang membelek apa kat pum tu......he..he...he....
Korang tengok....masa yang tentera kat cctv tu..... pukul 2.26 pagi....
Ape lagi la... 1st ramadhan aku terpaksa tapau makanan untuk sahur....hu..hu...hu...

Cian kan!!!!!!!!!!!!!

Iklan di bulan Ramadhan

Negara semakin maju.. dan iklan pun bermacam-macam cara...he..he...
Ape pedapat korang lak....
Ape macam...jom joint!!!!!

Saturday, August 22, 2009

Fadhilat Solat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil danAl-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.


Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Adab berpuasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Ramadhan

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Friday, August 14, 2009

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Virus Influenza A (H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  1. Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
  2. Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
  3. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
  4. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
  5. Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
  6. Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
  7. Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
  8. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
  9. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
  10. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

10 Perkara Mesti Buat Bila Kecewa

Hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana rasa kecewa yang dialami semasa bercinta adalah sesuatu yang normal.

Malah semua manusia di dalam dunia ini kebanyakannya pernah merasai kekecewaan akibat cinta. Apa yang membezakan di antara diri anda dan orang lain ialah cara anda mengatasi dan mengubat kedukaan tersebut.

Di sini disenaraikan 10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.


1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.

Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Apatah lagi jika anda seorang lelaki.

3. Mengadu pada teman
Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.

Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.


4. Menulis diari atau blog peribadi
Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.

Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.

5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.

Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.


8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.

Mungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.

9. Buat penampilan baru
Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang anda alami memberikan kebaikan kepada diri anda. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.

Jadi jangan lepaskan peluang kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan anda pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih anda.

10. Cari Pengganti
Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera!

Thursday, August 13, 2009

Kuarantin H1N1

Sejak aku di landa asthma beberapa hari lalu..kesihatan aku semakin merosot..sehingga kini kesihatan aku masih tidak mengizinkan untuk aku meneruskan tugas aku...dah masuk 4 hari aku mc dan sebenarnyer mc aku 5 hari..termasuk hari esok.....

Ini pertama kali aku mendapat MC yang begitu lama..hampir satu minggu... ini semua gara2 virus HINI yang tengah melanda negara kita... semakin hari semakin meningkat bilangan kematian...dan aku tergolong dalam golongan yang mudah di jangkiti kerana aku pengidap asthma.....

Ha..ha...aku disarankan oleh doktor untuk memakai mask...adui...x selesa langsung...

Inilah kehidupan aku dalam masa seminggu ini..sungguh membosankan......

Time kasih kat ea sebab seminggu ni..dia jdi driver aku ...kena hantar aku g knik je...pape pun dia memang baik n suka tolong org......

Cuma aku risan ... bukan aku yang kena jangkit H1N1 ..... tapi dia....sebab selalu kena g knik.....

Pape ... terima kasih yek...

My ex-bf

Dah lma aku x dgr cite psl ex-bf aku...bru2 ni dia ada contact aku...dah lama aku x jumpe dia...dia ni kira ex-bf aku zaman sekolah2 dlu...cinta monyet la...hmm..hmmmm...
Ni gambar yang dia mms kat aku...saje2 nak buat kenangan... lagipun aku tahu dia dah khawin dan dah ada anak 3 org...Aku n dia dah ada kehidupan sendiri masing2...dah ada keluarga sendiri.Cuma x sangka lah ,,, leh jumpa dia balik....

Aku ingat cite aku msh dulu2... aku hampir2 nak kawin dengan dia... keluarga dia dan aku pun dah setuju... tapi nasib baik lah... aku dgn dia x de jodoh... kalu x ....x de lah jodoh aku sekarang ni....

Pape pun semua itu hanya kenangan..... x lebih dari itu....

Aku pun doakan dia bahagia di samping keluarga tersayang...

Wednesday, August 12, 2009

My 1st post

Asthma merupakan post aku yang pertama yang menceritakan penyakit aku sendiri dan ini komen yang aku terima ......

Hi,

We have just added your latest post "Asthma is a chronic illnes" to our Directory of Environment . You can check the inclusion of the post here . We are delighted to invite you to submit all your future posts to the directory for getting a huge base of visitors to your website and gaining a valuable backlink to your site.

Warm Regards
greenatmos.com Team

http://www.greenatmos.com

Ini post aku yang terdapat dalam laman web tersebut....

Asthma is a chronic illnes
Asthma is a chronic illness involving the respiratory system in which the airway occasionally constricts, becomes inflamed, and is lined with excessive amounts of mucus, often in response to one or more triggers. These episodes may be triggered by such things as exposure to an environmental stimulant (or allergen), cold air, warm air, moist air, exercise or exertion, or emotional stress. In children, the most common triggers are viral illnesses such as those that cause the common cold.This airway narrowing causes symptoms such as wheezing, shortness of breath, chest tightness, and coughing. The airway constriction responds to bronchodilators. Between episodes, most patients feel well but can have mild symptoms and they may remain short of breath after exercise for longer periods of time than the unaffected individual. The symptoms of asthma, which can range from mild to life threatening, can usually be controlled with a combination of drugs and environmental changes.
Public attention in the developed world has recently focused on asthma because of its rapidly increasing prevalence, affecting up to one in four urban children
Discuss Add this link to... Bury

Dengan x ku sangka.. rupakan nyer post aku ini mendapat 5 rating dalam 1 vote...

Pandai gak aku cr maklumatkan.....

My farm

Aku dah start berkebun... mcm2 hasil tanaman aku... tapi kebun aku kecil je.. x cukup besar lagi... tapi bolehlah sikit2 hasil jualan nyer
jadi sesiapa yang nak jugak jadi pekebun cam aku jom joint ramai2....kat facebook... n tengok logo yang aku sertakan... seronok tau..sambil mengisi masa lapang....

Ini semua sebab member aku yang kenalkan...tentang facebook...best main games dia....

he...he...he...

Tuesday, August 11, 2009

Asthma teruk...

Dah 2 hari aku berulang alik ke klinik... Ini semua gara2 jerebu atau virus H1N1 yang tengah melanda negara ni sekarang ....

hari pertama aku di landa asthma....

Klinik : Raman's Family Clinic
Tarikh : 10hb August 2009
Mc : 1 hari.
Rawatan : Bekalan Oksigen.
Ubat2 : ubat batuk , antibiotik dan ubat cair kahak - semua di makan sekali sehari jam
9.00 mlm
Bayaran : RM 32.00

Setelah aku makan ubat yang dibekalkan jam 9.00mlm..tba2 badan aku rasa lemah sangat.. x larat nak bangun... aku x tahu knp badan aku lemah begini...mungkin kesan ubatnyer....

Hari kedua...aku masih belum berdaya untuk bangun......

Klinik : Klinik Fauziah
Tarikh : 11hb August 2009
MC : 2 hari ( 11hb-12hb )
Rawatan : Bekalan Oksigen kali kedua
Ubat2 : Ubat batuk , Alahan , Asthma.....
Bayaran : RM 30.00

Doktor menyarankan aku mengambil mc 2 hari kerana ubat yang bakal aku ambil ini akan menyebabkan badan aku mengeletar dan lemah . Jadi aku terpaksa mengambil rehat yang secukupnya...

Adui...kali ini aku benar2 kena asthma teruk...dua hari berturut2 aku kena ambil bekalan oksigen....memang teruk.....

H1N1 ke asthma kerana jerebu..... adui....

Gua Kena Warning Beb

???? : Ko kat mana ?
Lily : Aku kat umah ni...x sihat ? Nape?
???? : Aku ada kacau hidup ko ke? Ada nganggu hidup ko ke?
Lily : X de pun. Aku pun x de kacau hidup ko.
???? : Ko sendiri tahu ape yg ko buat... aku setakat nak hancurkan ko.. panggil kawan aku g umah
ko.. ko thu la...senang2 je nak hancurkan ko...
Lily : Pe hal ko ni.. pe aku dah buat. Aku x de pun kacau hidup ko.
???? : Kalau ko x de , ko x takut.. jadi baik ko diam...

Wassup man!! Pehal yang ko x puas hati dengan aku .. ape aku telah buat...dah gilo kot....

Aku betul2 x puas hati.. sedap2 je nak sound2 aku... ape dia nak aku x tahu.. aku try cal balik

Lily : Dail 010.......
Lily : Ko pehal tiba2 call aku maki2..ape yg ko x puas hati.
???? : Suka hati aku la...kalu ko x salah baik ko diam... kalu salah pun ko diam...
Lily : ???? aku rasa mangkuk ni dah gila kot ( dlm hati aku )
Lily : Ko yang call aku maki2 dulu.... @@@%%&& penuh dengan kata2 makian
???? : @@@%%&& Talian di putuskan....

Pehal ni... aku memang bengang gilo... tah ape2..tiba2 maki aku . Tah2 tersumbak kot....

Aduii.... pening aku.....!!!!! Wassup man!!!!

Monday, August 10, 2009

tolong cari


Aku msh mencari gerangan pemuda ini... masih menunggu khabar berita.....

sesapa ada menemui dia..sila hubungi aku yek.....

hai chai.... kalu ko diamkan diri aku nak buat report polis....biar padan muka ko....

x nak tel aku sangat

Nak cari income lebih tak... hanya comment!!!!!

Sila tekan link ini untuk mengetahui lebih lanjut

http://malaysia.youthsays.com/go/jnT


jadikan anda orang yang utama!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 6, 2009

Wanted!!!!


Sesiapa yang menjumpai beliau , sila hubungi saya di talian yang tentera di bawah.....
amat di kehendaki...mempunyai masalah penyakit mental.... melarikan diri dari hospital bahagia tanjung rambutan..... disebabkan masalah stail rambut..waka.aka..ka...

berhati-hati!!!!!!!!!!!!!!!!
Rambut anda mungkin terancam.....
No. tel : 012-6242192 or 0132292048