Friday, September 17, 2010

Beloved friend departure.

Azmi Murad bin Ahmad, human that I get to know since 10 years in advance. A reserved human, kind and responsible.
But of late , there is difference that I know without in realize... apparently the the sign that he will leave us indefinitely.
Still heard in auricle this, on dream and hope that in want.. he as if know his life in this world soon...Every day only sigh that I listen to and he always were in imagination to enjoy dream that do not know when get in interest.
 
The dream sufficiently simple to be heard yet difficult for at actualize. He as if - will be aware which time that there is inherently difficult for him actualize the dream.. But our what force only plan but tuhan which determines..

He really love the family and want provide perfect life..but tuhan more fond..

On 10th of September 2010 equivalent to 1 syawal at the moment all islam follower in the world want welcome his Kedatangan Hari Raya Aidilfitri have left us forever. The departure he in cry by all family member, friends and anyone that know him..
 
But the what force this all specificity. Perhaps his allah more fond and want him lay along him. Although his loss really felt, I hope all friends can pray the welfare.


Here I hope all friends that know him, can give alms Al-fatihah and iringikan prayer so that his soul calm here..

Tuesday, September 7, 2010

Permulaan hidup baru

Sekarang aku ingin memulakan hidup baru dan melupakan segala kenangan pahit manis dalam kehidupan... Berbagai dugaan yang telah aku hadapi, sedikit sebanyak membuat aku semakin tabah untuk mengharungi kehidupan ini dan aku bersyukur sedikit sebanyak dugaan yang di beri membuatkan aku sedar dari kesilapan yang telah aku lakukan..

Aku rasakan dunia ini seakan berputar dan memberi aku peluang untuk memulakan semula setiap detik perjalanan yang telah ber lalu...walaupun sedikit sebanyak kenangan lepas masih terpahat di sanubari ini... tapi aku bersyukur....tuhan masih memberi aku peluang....dan terima kasih di atas dugaan yang telah diberikan......

Sekarang aku lebih matang dan yakin untuk menghadapi sebarang dugaan yang akan mendatang dan aku berharap agar dapat jauhi dari sebarang dugaan yang lalu...yang cukup memeritkan .... dan aku bersyukur kerana Tuhan masih memberi aku peluang kedua....untuk terus menikmati keindahan dunia ini.....

Amin....

Saturday, July 31, 2010

Carilah Aku......ha..ha...

Dah lama aku x menulis sebarang cerita di dalam blog ni...terdetik lak aku untuk mengupdate kan cerita terkini aku...disebabkan aku rindukan kawan aku.....sape ag SIPERCHAI la.......

Entah kemana menghilang lak member aku sorang ni....x mendengar khabar berita...agak2 nyer dah lena colek dengan UFO...maklumlah ea memang selalu kena colek pun.....susah nak di kesan......

Kali terakhir dia menghubungi aku...masa birthday aku...itupun  melalui SMS...sekadar mengucapkan selamat hari jadi...sekarang dan menyepi.....

WOI...mana ko hah....kalu ko terbaca blog aku.....tolong lah sms aku....rindu wey aku kat ko....saje je aku x nak sms or tel ko....aku nak ko tel aku dulu.....

Pening....pening..... wakaka.....

Sunday, January 24, 2010

gastrik....

Adui penyakit ni memang menyakitkan....sakit sangat siot... xtahan rasanyer...sejak akhir2 ni asyik kena gasrik.... ni beberapa information tentang gastrik yang aku nak kongsi bersama .....

Gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu akut (acute) yg menyebabkan sakit yg tidak lama dan kronik yg memakan masa yg lama mungkin bertahun-tahun.

Puncanya pelbagai, antaranya, makanan atau minuman yg menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum alcohol (arak), mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (siflis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat yg buruk (menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh).

Bagi kes gastric yg biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) seringkali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser ubat lebih kuat mungkin diperlukan antara yg popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori).
Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.


Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Friday, January 22, 2010

Hantu wanita....

Korang tahu tak cam ner.... n sebab apa.... hantu biasa nyer wanita.....

Sebabnyer... wanita selalu selalu menjadi mangsa.....

Sebab tu lah...wanita selalu dikatakan menjadi hantu.....

Senang sikit....boleh cekik....pada DOT..DOT..DOt.... yang telah menghancurkan hidup diorang ...

Kalau tak kerana DOT..DOT..DOT... x ada la hantu wanita......

betul tak........

X ada lah yang menjadi mangsa......

Aduih...menyampai betul aku pada DOT..DOT...DOT

Wasalam.......

Anti lelaki....

Entahlah...sejak kebelakangan ni...aku betul2 kecewa dengan sifat makluk bernama LELAKI.....

Rasa MENYAMPAH ada...MELUAT ada... BENCI ada..... BENGANG ada.......

Tapi yang pasti diorang ni...memang DOT..DOT..DOT...dan POYO.....

Bengang tul...benci tul......

bbbbbbbeeeeeeeeennnnnnnnnccccccciiiiiiiiii!!!!!

Wasalam........

Tamatkan Pergaduhan

Kata orang perhubungan tanpa pergaduhan pasti kurang rasa manisnya... ini kerana akan timbulkan pujuk memujuk, ucapan manis dan hadiah sebagai pengubat hati....

Kata orang beberapa tips ni dapat meredakan pergaduhan yang terjadi :-

* bersikap tolak angsur
- usah terburu - buru membuat kesimpulan dan mudah melenting .

* Menyesuaikan diri
- Jika pasangan sensitif , kita harus menjaga hati sensitif itu...

* Mendengar dengan teliti
- Jangan membuat sebarang kesimpulan tanpa mendengar dengan teliti dan memahami pergaduhan yang terjadi .

* Saling hormat perasaan
- beri perhatian , sabar , tenang .

* Tidak perlu meninggikan suara
- Merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan lemah lembut .

* Jangan terlalu sensitif
- Biasa bila keadaan tegang, boleh terlepas ckp...jadi jangan di pikirkan sangat.

* Jangan ungkit perkara kecil
- jangan timbulkan perkara lain yang boleh memburukan keadaan.

* Jangan berleter
- boleh membuatkan pasangan kita semakin tertekan.

Di atas adalah cara-cara untuk tamatkan pergaduhan... tapi bagi aku tips berkenaan tidak berkesan langsung.. Sebab apa yang dibuat akan menimbulkan syak wasangka lain lak... Ini yang aku alami bila aku ikutkan tip berkenaan .

* Bersikap tolak angsur
- Pasangan aku naik lemak lak....asyik aku yang mengalah.

* Menyesuaikam diri
- Hati dia je terjaga, hati aku x de lak dia ambik tahu...

* Menyesuaikan diri
- Belum tentu pasangan aku nak dengar penjelasan. Yang penting bagi dia... apa yang dia cakap semua betul.

* Saling hormat perasaan
- Aku je yang hormat perasaan dia... tapi dia buat dono je

* Tak perlu meninggikan suara.
- Tak guna tinggikan suara sebab suara dia dah mengatasi segala-galanyer.

* Jangan terlalu sensitif.
- Mulalah dia pikir...aku ni buat dono je....buat muka tak bersalah... tapi memang tak bersalah pun.

* Jangan ungkit perkara kecil
- Tak sempat dah...dia yang tolong ungkit dulu

* Jangan berleter.
- x ada masa nak berleter.

Itu semua apa yang aku alami masa terjadi pergaduhan...dan tip di atas memang tak berkesan jika tidak mendapat perhatian dari kedua - dua belah pihak...

Jadi sekarang, bila aku alami perkara berkenaan .. aku akan buat DONO je...buat BODOH..... dan lantaklah dia nak cakap ape pun... yang penting aku betul....

TAPI yang penting....manusia bernama lelaki ni memang EGO tinggi, KERAS KEPALA.....dan memang jenis yang MENYUSAHKAN...

Wasalam.....

Wednesday, January 13, 2010

Kenali Natasha Hudson





Comel kan...cam model lak......

Sunday, January 10, 2010

Ahli2 blog

Untuk makluman , beberapa ahli yang akan joint blog sensasi ini adalah....

myza suhaimi

Nor Suzilawati Roslan

Natasha Rebecca Hudson

Kalau korang nak kenali mereka....layarilah facebook yek.



kedai mamak...kota warisan...

Semakin hari makin banyak lah pengunjung yang menghabiskan masa di kedai ni... termasuk lah aku....hm...leh tahan gak, x de lah memboringkan...sambil2 membincangkan isu 2 terkini ...hu3... ye ke....

sambil2 tu tercetus lah berbagai2 idea termasuk lah nak mencipta satu blog baru.....hanjing kot.... aku pun x pasti cam ner ejaan tu... tapi x pe tunggulah kemunculan nyer......mungkin kat blog tu nak membincangkan beberapa isu hangat dan sensasi....bagi perbagai kaum....

Ahli2nyer dah dapatlah beberapa org....yang ada jawatannyer tersendiri...tapi x thu lah lagi nak mulanyer....
berbagai2 kebajikan yang nak disediakan..termasuk lah untuk bapa2 tinggal, suami terbuang, wanita sensasi.... dan tah ape2 lagi lah...yang nak dikongsikan bersama....

Sesiapa yang ada ape2 cadangan leh lah tolong aku sikit yek... tolong bagi idea......