Sunday, January 24, 2010

gastrik....

Adui penyakit ni memang menyakitkan....sakit sangat siot... xtahan rasanyer...sejak akhir2 ni asyik kena gasrik.... ni beberapa information tentang gastrik yang aku nak kongsi bersama .....

Gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu akut (acute) yg menyebabkan sakit yg tidak lama dan kronik yg memakan masa yg lama mungkin bertahun-tahun.

Puncanya pelbagai, antaranya, makanan atau minuman yg menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum alcohol (arak), mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (siflis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat yg buruk (menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh).

Bagi kes gastric yg biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) seringkali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser ubat lebih kuat mungkin diperlukan antara yg popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori).
Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.


Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Friday, January 22, 2010

Hantu wanita....

Korang tahu tak cam ner.... n sebab apa.... hantu biasa nyer wanita.....

Sebabnyer... wanita selalu selalu menjadi mangsa.....

Sebab tu lah...wanita selalu dikatakan menjadi hantu.....

Senang sikit....boleh cekik....pada DOT..DOT..DOt.... yang telah menghancurkan hidup diorang ...

Kalau tak kerana DOT..DOT..DOT... x ada la hantu wanita......

betul tak........

X ada lah yang menjadi mangsa......

Aduih...menyampai betul aku pada DOT..DOT...DOT

Wasalam.......

Anti lelaki....

Entahlah...sejak kebelakangan ni...aku betul2 kecewa dengan sifat makluk bernama LELAKI.....

Rasa MENYAMPAH ada...MELUAT ada... BENCI ada..... BENGANG ada.......

Tapi yang pasti diorang ni...memang DOT..DOT..DOT...dan POYO.....

Bengang tul...benci tul......

bbbbbbbeeeeeeeeennnnnnnnnccccccciiiiiiiiii!!!!!

Wasalam........

Tamatkan Pergaduhan

Kata orang perhubungan tanpa pergaduhan pasti kurang rasa manisnya... ini kerana akan timbulkan pujuk memujuk, ucapan manis dan hadiah sebagai pengubat hati....

Kata orang beberapa tips ni dapat meredakan pergaduhan yang terjadi :-

* bersikap tolak angsur
- usah terburu - buru membuat kesimpulan dan mudah melenting .

* Menyesuaikan diri
- Jika pasangan sensitif , kita harus menjaga hati sensitif itu...

* Mendengar dengan teliti
- Jangan membuat sebarang kesimpulan tanpa mendengar dengan teliti dan memahami pergaduhan yang terjadi .

* Saling hormat perasaan
- beri perhatian , sabar , tenang .

* Tidak perlu meninggikan suara
- Merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan lemah lembut .

* Jangan terlalu sensitif
- Biasa bila keadaan tegang, boleh terlepas ckp...jadi jangan di pikirkan sangat.

* Jangan ungkit perkara kecil
- jangan timbulkan perkara lain yang boleh memburukan keadaan.

* Jangan berleter
- boleh membuatkan pasangan kita semakin tertekan.

Di atas adalah cara-cara untuk tamatkan pergaduhan... tapi bagi aku tips berkenaan tidak berkesan langsung.. Sebab apa yang dibuat akan menimbulkan syak wasangka lain lak... Ini yang aku alami bila aku ikutkan tip berkenaan .

* Bersikap tolak angsur
- Pasangan aku naik lemak lak....asyik aku yang mengalah.

* Menyesuaikam diri
- Hati dia je terjaga, hati aku x de lak dia ambik tahu...

* Menyesuaikan diri
- Belum tentu pasangan aku nak dengar penjelasan. Yang penting bagi dia... apa yang dia cakap semua betul.

* Saling hormat perasaan
- Aku je yang hormat perasaan dia... tapi dia buat dono je

* Tak perlu meninggikan suara.
- Tak guna tinggikan suara sebab suara dia dah mengatasi segala-galanyer.

* Jangan terlalu sensitif.
- Mulalah dia pikir...aku ni buat dono je....buat muka tak bersalah... tapi memang tak bersalah pun.

* Jangan ungkit perkara kecil
- Tak sempat dah...dia yang tolong ungkit dulu

* Jangan berleter.
- x ada masa nak berleter.

Itu semua apa yang aku alami masa terjadi pergaduhan...dan tip di atas memang tak berkesan jika tidak mendapat perhatian dari kedua - dua belah pihak...

Jadi sekarang, bila aku alami perkara berkenaan .. aku akan buat DONO je...buat BODOH..... dan lantaklah dia nak cakap ape pun... yang penting aku betul....

TAPI yang penting....manusia bernama lelaki ni memang EGO tinggi, KERAS KEPALA.....dan memang jenis yang MENYUSAHKAN...

Wasalam.....

Wednesday, January 13, 2010

Kenali Natasha Hudson





Comel kan...cam model lak......

Sunday, January 10, 2010

Ahli2 blog

Untuk makluman , beberapa ahli yang akan joint blog sensasi ini adalah....

myza suhaimi

Nor Suzilawati Roslan

Natasha Rebecca Hudson

Kalau korang nak kenali mereka....layarilah facebook yek.



kedai mamak...kota warisan...

Semakin hari makin banyak lah pengunjung yang menghabiskan masa di kedai ni... termasuk lah aku....hm...leh tahan gak, x de lah memboringkan...sambil2 membincangkan isu 2 terkini ...hu3... ye ke....

sambil2 tu tercetus lah berbagai2 idea termasuk lah nak mencipta satu blog baru.....hanjing kot.... aku pun x pasti cam ner ejaan tu... tapi x pe tunggulah kemunculan nyer......mungkin kat blog tu nak membincangkan beberapa isu hangat dan sensasi....bagi perbagai kaum....

Ahli2nyer dah dapatlah beberapa org....yang ada jawatannyer tersendiri...tapi x thu lah lagi nak mulanyer....
berbagai2 kebajikan yang nak disediakan..termasuk lah untuk bapa2 tinggal, suami terbuang, wanita sensasi.... dan tah ape2 lagi lah...yang nak dikongsikan bersama....

Sesiapa yang ada ape2 cadangan leh lah tolong aku sikit yek... tolong bagi idea......