Ibu......ibu.......
engkau lah ratu hatiku......
bila ku membesar....
engkau hiburkan hatiku selalu.....
Yup, aku ingin mengucapkan selamat hari ibu bagi semua wanita di malaysia ni yang telah bergelar ibu......aku pun seorang ibu dan aku memahami perasaan seorang ibu........
Ibu, wanita yang begitu mulia dan tanpa seorang ibu siapa lah kita... tanpa ibu.... hadirkah kita......Ibu jasamu sungguh besar kerana sanggup mengandungkan aku selama 9 bulan..dan ku tahu betapa azabnya ketika kau ingin melahirkan aku...... Ibu jasamu sungguh mulia....betapa murninya dirimu...sehingga sanggup menjaga aku siang malam...membelai aku dengan penuh kasih sayang.....dan kerana mu ibu....aku juga telah menjadi seorang ibu.......
Ibu...jasamu tetap akan ku kenang... baru ku tahu bagaimana kah perasaan seorang ibu dan betapa susahnya...yang terpaksa kau tempohi untuk membesarkan ku......Aku bersyukur ibu , kerana didikan mu aku menjadi seorang wanita yang berguna.......(ops bergunakah aku ).....
Ibu.... dihari yang amat bermakna ini ..ingin ku nyatakan yang aku sayang padamu...dirimu tetap di hatimu...walaupun bagimu aku bukan seperti yang kau inginkan... tetapi ibu , percaya....aku betul-betul menghargai segala pengorbanan yang telah berikan......ibu aku amat menyayangimu.......
Ibu... jika di kenang kembali sejarah silam.. aku mengerti betapa peritnya hatimu terpaksa berpisah dengan anak-anakmu.... aku juga dapat merasai betapa seksanya dirimu menanggung segala perasaan kerinduan terhadap anak-anakmu.... aku tahu ibu ....bagaimana perasaan berpisah dengan anakmu kerana sekarang aku juga mengalami situasi demikian... ibu ketahui lah aku juga telah berpisah dengan anakku .. tetapi bukan permintaan aku ibu.... kerana keadaan yang memaksa.... kerana ibu juga pernah mengalami apa yang aku alami sekarang.......
Ibu... betapa tinggi anugerah yang tuhan telah anugerahkan kepada mu.....begitu juga aku.... tidak semua wanita didunia ini dapat merasai perasaan seorang ibu.... mungkin ada hikmah disebaliknya.......
Semoga di hari mulia ini......semua ibu mendapat rahmat darinye.......
No comments:
Post a Comment