Sunday, January 24, 2010

gastrik....

Adui penyakit ni memang menyakitkan....sakit sangat siot... xtahan rasanyer...sejak akhir2 ni asyik kena gasrik.... ni beberapa information tentang gastrik yang aku nak kongsi bersama .....

Gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu akut (acute) yg menyebabkan sakit yg tidak lama dan kronik yg memakan masa yg lama mungkin bertahun-tahun.

Puncanya pelbagai, antaranya, makanan atau minuman yg menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum alcohol (arak), mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (siflis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat yg buruk (menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh).

Bagi kes gastric yg biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) seringkali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser ubat lebih kuat mungkin diperlukan antara yg popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori).
Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.


Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

No comments: